CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 24, 2008

Renungan buat semua

Assalamualaikum... di bawah ini adalah beberapa artikel yang mungkin sesuai
untuk para sahabat-sahabat kita yang telah atau akan melangsungkan
perkahwinan. Kepada yang mungkin masanya belum tiba, anggaplah ia sebagai
satu panduan. Kerana ia adalah satu perkara yang akan dialami dan akan
dilalui oleh setiap insan.

Sekadar renungan.........1.

1. Jika kamu memancing ikan....setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu
lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya....janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin
tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

2. Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... .akhirnya ia dibuang! sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....anggaplah dia manu! ! sia biasa.Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirya kamu tinggalkan dia sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamun akan bertambah baik....

Sekadar renungan.........2.

MENCARI WANITA SEMPURNA
Ini kisah perjumpaaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe.Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.

"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanit! ! a yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.

Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita ,ramah dan
dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku
berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan
pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kam! ! i berpisah.

Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".

"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang
terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".

Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".

Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ? ....

Nobody's perfect. Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita ,bel! ! um tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat, Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain.

Sekadar renungan.........3.
Syurga rumahtangga itu fitrah hati Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana
Ada yang mengatakan Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata ( Gah , suamiku seorang jutawan)
tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan ( Wah, isteriku seorang celeberity)
ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan ( Wah, suamiku seorang negarawan)
pelbagai jalan menimbulkan dilema
mencari yang benar mempelai tersasar
kalaulah bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.
Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah: Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi ketenangan pada
hati suami isteri sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi itulah
zikir yg hakiki. Binalah rumahtangga atas tapak iman Tuluskan niat luruskan
matlamat 'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi' 'isteriku, kaulah
permaisuri hati.....' penyeri Islamku nanti muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan Syariat itu jalan Tempat merujuk segala permasalahan Tempat
mencari semua penyelesaian - isteriku, taatilah hukum Allah.... - suamiku,
patuhilah sunnah Rasululah s.a.w
Binalah hidup di neraca maaruf Rumah jadi sambungan madrasah... Seninya
kerana solat... Indahnya oleh munajat Tapaknya ....iman
Jala! ! nnya ....syariat Natijahnya.....akhlak Tiga penjamin segala kunci

kebahagian rumahtangga dan terciptalah: 'setia dan penyayang suami' 'cinta
dan kasih isteri' lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang
melahirkan..... "Soleh dan solehah".

KEREDHAAN ILAHI CITA-CITA DI HATI.

Tuesday, November 18, 2008

salam muhibbah

Syukron ala kullihan....

Memohonku ke hadrat ilahi, semoga ALLAH mengurniakan rahmat kepada sahabat-sahabat ana yang banyak menolong dan membantu ana dalam peringkat awal untuk membuat blog yang tak seberapa ini,apa pun terima kasih diucapkan kerana memberi tunjuk ajar tuk ana yang seberapa cerdik ni dengan benda-benda begini.Tanpa antum semua sapalah ana tuk terus belajar dan pandai dalam bab-bab sebegini rupa, moga dengan keikhlasan antum mengajar atau menurunkan ilmu kepada orang lain Insyallah Allah akan melipat gandakan lagi ilmu yang sudah dimiliki.
Sedikit cebisan dari ana, mana-mana orang yang ikhlas terselamat daripada kepura-puraan dan kemunafikan. Lebih daripada itu, amal dan aktivitinya diredhai Allah. Amal dan aktiviti yang diredhai Allah akan sejahtera dan cemerlang. Sebaliknya, riyak memudaratkan hati serta amalan. So, renunglah kedalam hati kita sebelum melakukan sesuatu bagi memastikan keikhlasan kita. Seperti mana hadis daripada Imam Ahmad dan Bihaqi, nabi berkata "sesungguhnya perkara yang aku takuti menimpa ke atasmu adalah syirik kecil". Para sahabat bertanya, 'apakah syirik kecil itu ya Rasullah? 'Nabi menjawab, 'Riyak'." Oleh iti sahabat jom sama-sama kita pastikan pasang niat yang betul sebelum mengerjakan sesuatu.
Barokallahufiwalakum,