CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 10, 2009

apa yang berlaku jika tidak kembali padaNYA

Di dunia ini kalau keretalah yang
rosak bila hendak dibaiki
orang tidak menggunakan panduan otak
Panduan dirujuk kepada katalog yang
dibuat oleh tukang kereta
Kerana orang tahu kalau dibuat juga
kereta akan bertambah rosak
Bahkan orang akan menuduh orang itu
tiada otak
Orang akan menyalahkannya kerana tidak
tahu membaiki kereta yang rosak
Tapi kita pelik manusia hari ini telah
rosak
Sebab itulah jenayah berlaku
berleluasa dan merebak
Hendak memulihkan manusia yang sudah
rosak dengan otak
Padahal dunia dan manusia Tuhan yang
cipta
Tapi hendak membaiki manusia dengan
manusia punya otak
Sedangkan manusia bukan ciptaan dari
otak
Sepatutnya merujuklah kepada Tuhan
yang mencipta manusia
Sejauh manalah kemampuan manusia
hendak membaiki manusia bukan
ciptaannya
Apa yang terjadi seperti tikus
membaiki labu
Makin rosak, bahkan punah-ranah dan
musnah
Membaiki labu bukan kerja tikus yang
memusnah
Membaiki manusia bukan kerja manusia
kalau bukan panduan dari Allah
Membaiki manusia mesti dengan ajaran
Allah yang menjadikan manusia
Kalau manusia lakukan juga manusia
akan punah-ranah
Manusia akan menjadi jahat dan memusnah
Manusia akan jadi penjahat yang
merosak masyarakat
Jenis manusia juga yang akan susah
Itulah yang terjadi pada hari ini,
macam tikus membaiki labu
Kejahatan manusia yang merosakkan
manusia, tapi manusia tidak sedar diri
Sekarang tanggunglah sendiri