CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 17, 2009

Menularnya gejala sosial

Istilah bohsia berasal daripada bahasa Hokkien yang beerti “senyap, sunyi dan diam-diam”. Apa yang dimaksudkan ialah ada orang tetapi tidak bercakap. Dari segi istilah pula bermaksud satu kegiatan di mana ada sekumpulan orang wanita muda yang berusia muda berada di tempat sunyi dan gelap. Mereka ini menunggu mana-mana lelaki yang akan mengambil mereka untuk tujuan maksiat dan mungkin mengadakan zina.Golongan bohsia ini juga diistilahkan sebagai “tiada guna lagi” , mungkin kerana mereka ini mudah untuk di bawa ke mana-mana dengan bebas. Ada juga segelintir yang mengelarkan mereka ini “anak abu” dan juga “anak rewang”. Jelasnya bohsia ini terdiri daripada mereka yang berusia remaja yang mengamalkan seks bebas untuk tujuan keseronokan.
Terdapat 2 jenis bohsia yang dapat dijelaskan :
Remaja bawah umur yang lari dari rumah dan menumpukan masa sepenuhnya dengan amalan seks bebas.
Remaja bawah umur yang masih tinggal dengan keluarga mereka dan hanya akan keluar berfoya-foya pada hujung minggu.

Manakala gadis bohsia pula boleh dikategorikan kepada 3 peringkat :
Peringkat tertinggi yang menjalankan kegiatan mereka di disko-disko.
Peringkat sederhana iaitu remaja yang mengikut mana-mana lelaki yang datang mengambil mereka dengan kereta.
Peringkat terendah yang dinamakan bohsia motor (minah rempit) yang mana gadis tersebut berpeleseran dengan membonceng motosikal. Golongan ini berpeleseran bukan untuk mendapat kewangan seperti mana tujuan utama pelacur tetapi sekadar untuk keseronokan semata-mata.Musnahnya golongan pelapis Negara.

Jika majoriti aktiviti keji bohsia ini terdiri di kalangan remaja, sudah tentu ianya bakal menjadi satu masalah utama kerajaan dalam membentuk generasi pelapis negara yang dapat menyambung kesejahteraan negara. Akibat rosaknya akhlak golongan bohsia ini, mereka dapat mempengaruhi remaja lain yang mudah terjerumus ke lembah maksiat dan mengikut hawa nafsu tuntutan syaitan semata-mata.Jangkitan Virus HIVSesiapa yang meniduri gadis bohsia juaga akan mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dijangkiti virus HIV. Dipetik daripada Ahmad Redzuan Mohd Yunus (2003), menurut kertas kerja tentang Wanita Dan Aids yang disediakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Program Pembagunan PBB dan Bahagian Kemajuan Wanita PBB, sebab sebenar wabak HIV menular dengan cepat ialah pengabaian wanita dari segi seksual. Di kalangan lelaki dan perempuan golongan remaja yang paling ramai dijangkiti.Penghasilan Anak Luar Nikah.Akibat daripada aktiviti seks bebas yang dilakukan oleh golongan bohsia ini, mereka mungkin akan menghamilkan anak luar nikah. Justeru bagi mengelakkan daripada diketahui umum mereka akan mengambil jalan mudah dengan menggugurkan kandungan tersebut. Seperti mana yang tersebar baru-baru ini, kita dikejutkan bahawa terdapat ramai di antara mereka yang berusia remaja menjalankan proses menggugurkan kandungan. Rata-rata terdiri daripada mereka yang terlibat dengan aktiviti bohsia ini. Bagi mereka yang berjaya melahirkan anak tersebut, mereka mungkin akan bertindak agresif dengan membuang bayi tersebut sesuka hati mereka sahaja.Terjebak Kepada Gejala Pelacuran.Golongan bohsia ini apabila mereka telah sebati dengan kehidupan mereka selama ini, mereka akan pula memasuki kancah pelacuran yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan mereka. Hal ini kerana, majoriti di kalangan bohsia ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah. Mana mungkin mereka akan mendapat peluang pekerjaan yang dapat memberikan mereka hasil lumayan. Jadi mereka akan tertarik dengan aktiviti pelacuran yang lebih teruk lagi.