
kita suka bila kita dipercayai-tetapi kenapa kita
tidak
suka mempercayai orang lain?
kita suka bila kita disanjungi-tetapi kenapa kita
tidak
mahu menyanjungi orang lain?
kita tidak suka dicaci-tetapi kenapa kita suka mencaci
orang lain?
kita tidak suka dikhianati-tetapi kenapa kita suka
mengkhianati orang lain?
kita tidak suka dizalimi-tetapi kenapa kita suka
menzalimi orang lain?
kita tidak suka dibenci-tetapi kenapa kita membenci
orang lain?
kita tidak suka disakiti-tetapi kenapa kita suka
menyakiti orang lain?
kita tidak suka dipersalah-tetapi kenapa kita suka
dipersalah?
kita tidak suka dikritik-tetapi kenapa kita suka
mengkritik orang lain?
kita tidak suka hak kita dirampas-tetapi kenapa kita
suka merampas hak orang lain?
kalau kita ingin dihormati-kita juga mesti belajar
untuk menghormati orang lain
kalau kita ingin dihargai-kita juga mesti belajar
untuk menghargai orang lain
kalau kita ingin difahami-kita juga mesti belajar
untuk memahami orang lain
kalau kita ingin dikasihi-kita juga mesti belajar
untuk mengasihi orang lain
kalau kita ingin disayangi-kita juga mesti belajar
untuk menyayangi orang lain
kita suka bila kita dipercayai...
kita suka bila kita dihargai...
kita suka bila kita dihormati...
kita suka bila kita dikasihi...
kita suka bila kita difahami...
kita suka bila kita disayangi...
kita juga suka bila kita dipuji...
Tetapi...kenapa kita sering lupa untuk memuji Pencipta
dan Pentadbir alam semulajadi?
Kita juga sangat suka bila kita dicintai...
Tetapi kenapa kita sering lupa untuk mencintai dan
mencari cinta Rabbul Izzati?
Kenapa kita jadi begini?
Ketuklah hati,koleksi peribadi...
Thursday, March 12, 2009
TAZKIRAH HATI
Posted by نور حفيظة بنت أبي قاشم at 9:53 PM 0 comments
Tuesday, February 10, 2009
apa yang berlaku jika tidak kembali padaNYA
Di dunia ini kalau keretalah yang
rosak bila hendak dibaiki
orang tidak menggunakan panduan otak
Panduan dirujuk kepada katalog yang
dibuat oleh tukang kereta
Kerana orang tahu kalau dibuat juga
kereta akan bertambah rosak
Bahkan orang akan menuduh orang itu
tiada otak
Orang akan menyalahkannya kerana tidak
tahu membaiki kereta yang rosak
Tapi kita pelik manusia hari ini telah
rosak
Sebab itulah jenayah berlaku
berleluasa dan merebak
Hendak memulihkan manusia yang sudah
rosak dengan otak
Padahal dunia dan manusia Tuhan yang
cipta
Tapi hendak membaiki manusia dengan
manusia punya otak
Sedangkan manusia bukan ciptaan dari
otak
Sepatutnya merujuklah kepada Tuhan
yang mencipta manusia
Sejauh manalah kemampuan manusia
hendak membaiki manusia bukan
ciptaannya
Apa yang terjadi seperti tikus
membaiki labu
Makin rosak, bahkan punah-ranah dan
musnah
Membaiki labu bukan kerja tikus yang
memusnah
Membaiki manusia bukan kerja manusia
kalau bukan panduan dari Allah
Membaiki manusia mesti dengan ajaran
Allah yang menjadikan manusia
Kalau manusia lakukan juga manusia
akan punah-ranah
Manusia akan menjadi jahat dan memusnah
Manusia akan jadi penjahat yang
merosak masyarakat
Jenis manusia juga yang akan susah
Itulah yang terjadi pada hari ini,
macam tikus membaiki labu
Kejahatan manusia yang merosakkan
manusia, tapi manusia tidak sedar diri
Sekarang tanggunglah sendiri
Posted by نور حفيظة بنت أبي قاشم at 3:11 AM 0 comments
