CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 30, 2008

SUSAHNYA MENCARI KEBENARAN DI AKHIR ZAMAN

Alangkah susahnya mencari kebenaran di akhir zaman..terutama orang awam yang ilmu agamanya sekadar cukup untuk fardhu ain.. selain itu tidak mampu menilai benar atau salah...hak atau sesat orang munafik menuduh orang lain munafik yang tidak munafik..
orang yang sudah sesat menuduh orang yang tidak sesat sebagai sesat..TERANIAYALAH...orang yang tidak munafik TERZALIMLAH...orang yang tidak sesat
pembuat-pembuat bid'ah mEnuduh orang yang berjalan di atas As Sunnah sebagai pembuat bid'ah..kerana ramai yang sudah tidak ikut As-Sunnah..yang mengikut As Sunnah dipercayai orang ramai pembuat bid'ah..TERANIAYALAH pengikut -pengikut As-Sunnah...
dianggap bid'ah orang-orang baik dianggap jahat...penjahat-penjahat dianggap baik kerana orang baik-baik terlalu sedikit..mereka terpinggir..terpinggir ertinya jahat pada pandangan orang ramai..orang yang ada jawatan tinggi cakapnya dianggap benar dan sah belaka rakyat jelata walaupun benar,cakapnya tiada harga,tidak diambil kira..sekalipun dia seorang soleh..jawatan tinggi yang menentukan salah benar sesuatu masalah..BUKANKAH TERKELIRU DIBUATNYA di dalam mencari KEBENARAN? begitulah watak akhir zaman yang sudah jauh dari Rasul..sungguh susah mencari gagak putih atau merah.. TUNJUKKANLAH KAMI YA ALLAH....jalan kebenaran... agar kami TIDAK SESAT jalan menuju Engkau.. ya Allah..selamatkan kami(orang pada hari ini lebih suka untuk mengkaji kepupusan haiwan seperti ikan paus,harimau,dinosour dsb..tetapi tidak ramai manusia hari ini yang suka mengkaji perihal sunnah rasul yang sudah pupus....sekalipun di kalangan umat Islam sendiri...)

1 comments:

Anonymous said...

As-Salamu-Alaikum, Bismillah Blogger, sangat baik untuk memahami ini. Saya faham, sungguh itu saya akui.. Pandangan pertama perempuan yang bukan muhrim mubah, dan seterusnya menjadi Haram. Saya masih bersekolah.. Dan ibu bapa saya berniaga... Saya pula sentiasa menolong mereka, mustahil untuk saya tidak melihat wajah perempuan. Saya cuma boleh berlindung pada Al-Muhaimin dan memoga Al-Hadi membimbing kita.